suria

Banjir Di Kelantan Beransur Pulih

KOTA BAHARU: Keadaan banjir di negeri ini semakin pulih dan hanya seramai 216 orang masih berada di sebuah pusat pemindahan sehingga malam ini, berbanding 379 petang Sabtu.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, mereka daripada 71 keluarga sekitar Pengkalan Kubor ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Tumpat.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini dilaporkan surut ke paras amaran 8.9 meter.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat banjir. -BERNAMA

Artikel Lain