suria

Suasana Pilu Selubungi Pangkalan TUDM Subang

SUBANG JAYA: Isteri dan ahli keluarga anggota polis komando yang terkorban sedang menunggu ketibaan jenazah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Isteri Inspektor Zulkifli Mamat, Noraziah Noor yang dibawa menggunakan kerusi roda kelihatan sayu dikelilingi oleh ahli keluarga manakala isteri Koperal Sabaruddin Daud, Noranisa Abu Bakar terdiam sebaik saja polis dan media mula berkumpul di Pangkalan TUDM di sini.

Suasana pilu menyelubungi pangkalan TUDM ketika orang ramai menunggu ketibaan jenazah dua anggota polis Komando itu dari Tawau.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Jenazah dijangka tiba di pangkalan udara itu pada pukul 12.30 tengah hari.

Artikel Lain