Arahan Agar Kumpulan Bersenjata Serah Diri Tidak Boleh Diterima - Anak Sultan Kiram - Semasa | mStar

Arahan Agar Kumpulan Bersenjata Serah Diri Tidak Boleh Diterima - Anak Sultan Kiram

MANILA: Arahan agar kumpulan kumpulan bersenjata yang mengaku pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III, menyerah diri dengan segera yang dikeluarkan oleh Presiden Benigno Aquino tidak boleh diterima.

"Apa yang mereka tahu hanyalah menyerah diri..menyerah diri. Kenapa kita perlu menyerah diri di tanah air sendiri?

"Mereka (pengikut Sultan Sulu di Sabah) tidak berbuat apa-apa yang tidak baik di tanah air mereka," kata anak sulung Sultan Kiram, Jacel Kiram di Filipina.

Jacel Kiram berkata arahan suruh menyerah diri tidak boleh diterima.

Sultan Kiram yang tua dan tidak bermaya dilihat muncul bersama bintang filem lasak, Robin Padilla sebelum beberapa wartawan berkampung di kawasan rumahnya di Taguig City.

Beliau menolak dakwaan Setiausaha Kabinet Rene Almendras bahawa Setiausaha Kehakiman Leila de Lima ‘berhubung secara langsung’ dengan keluarganya malam Jumaat.

Menurutnya, seseorang yang menyatakan dia mewakili Setiausaha Kehakiman telah menghubungi mereka, serta mendesak sultan menggesa pengikutnya pulang ke tanah air tanpa sebarang syarat.

Katanya utusan yang dihantar sebelum ini cuba mengenakan syarat-syarat tertentu terhadap mereka.

“Apa yang penting adalah rundingan, bukan perencanaan

“Tidak pernah ada apa-apa pilihan, tiada pilihan lain diberikan selain meyerah diri,” katanya.

Jacel turut mempertikaikan dakwaan Almendras bahawa kerajaan telah melakukan pelbagai usaha untuk menyelesaikan kebuntuan dalam insiden tersebut secara aman.

Beliau berkata penceroboh tersebut akan terus berada di sana sehingga ketiga-tiga pihak, iaitu Kesultanan Sulu, kerajaan Filipina dan Malaysia duduk semeja bagi menyelesaikan isu pemilikan ke atas Sabah. ANN/ Philuppine Inquirer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Banjir Di Kelantan Beransur Pulih

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?