suria

Tarikh Akhir Kumpulan Bersenjata Sulu Untuk Berundur Tamat - Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Rundingan dengan kumpulan bersenjata Sulu masih belum berakhir walaupun tarikh akhir untuk mereka meninggalkan Sabah telah berlalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, tiada lagi tarikh akhir untuk kumpulan tersebut menyerah diri dan kembali ke Filipina.

"Tarikh akhir telah banyak kali dilanjutkan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Hishammuddin enggan mengesah atau menafikan laporan berlaku insiden berbalas tembakan di antara pasukan keselamatan Malaysia dengan kira-kira 180 pengikut Sultan Sulu yang masih berada di Kampung Tanduo, Lahad Datu sejak 9 Februari lalu.

"Saya tidak akan memberi komen mengenai operasi tersebut. Perkara itu perlu ditanya kepada Ketua Polis Negara atau Pesuruhjaya Polis Sabah.

"Namun apa yang berlaku mulai sekarang, saya berharap tiada siapa akan menuduh pasukan keselamatan tidak memberikan ruang kepada pemberontak untuk menyelesaikan perkara itu secara aman," katanya.

Artikel Lain