suria

Pengikut Sultan Sulu Perlu Berundur Sebelum Pihak Berkuasa Bertindak - PM

PEKAN: Pengikut Sultan Sulu yang masih berada di sebuah perkampungan di Lahad Datu harus berundur sebelum tindakan diambil untuk mengusir mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, semakin lama mereka berada di Sabah, keadaan akan menjadi lebih berbahaya kepada mereka.

Menurut beliau, pihak berkuasa telah mengambil pendekatan berhati-hati dalam mengawal situasi itu untuk mengelakkan pertumpahan darah.

"Kumpulan tersebut perlu menyedari mengenai apa yang mereka lakukan adalah satu kesalahan serius dan saya harap mereka akan menerima tawaran untuk berundur secara aman dengan serta merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Transformasi Luar Bandar di sini.

Najib turut memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa keselamatan dan kedaulatan negeri mereka akan dilindungi.

Artikel Lain