suria

Lahad Datu: Reda Selepas Insiden Tembak-Menembak

FELDA SAHABAT (LAHAD DATU): Keadaan reda dilaporkan dalam insiden pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu pada petang Jumaat selepas berlakunya kejadian tembakan di kampung Tanduo.

Walaupun tiada pengesahan rasmi, tetapi masih dilaporkan lebih 10 lelaki bersenjata Sulu terbunuh dan empat cedera termasuk ketuanya, Rajah Mudah Azzimudie Kiram dengan dua komando daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) yang terbunuh dan empat lagi cedera.

Tiga anggota PGA yang cedera telah dibawa ke hospital Lahad Datu dan seorang lagi ke hospital Duchess of Kent di Sandakan.

Konflik itu dilaporkan apabila kumpulan PGA bersedia dengan senjata dan kedudukan mereka dan tiada satu perkataan daripada Azzumudie yang merupakan individu terakhir bercakap dengan stesen radio di Manila pada kira-kira pukul 11 pagi, yang mengesahkan pertempuran tembakan dan anggota kumpulan itu yang cedera dan terbunuh.

Dipercayai bahawa selain tembakan senjata, motar juga digunakan semasa kejadian itu namun butiran bagaimana pertempuran tersebut bermula masih tidak dipastikan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia dikatakan melepaskan tembakan sejurus dilakukan dahulu oleh kumpulan bersenjata Sulu.

Mereka yang turut bersiap sedia ialah unit tentera yang dilihat di beberapa lokasi strategik di sepanjang jalan ke Sahabat Felda 17 di mana kumpulan Sulu telah mencerobohnya.

Para wartawan dimaklumkan untuk menunggu di resort di Sahabat 16 untuk sidang media yang dijadualkan pada pukul 5 petang.

Artikel Lain