suria

JPAM Sedia Bantu Belia Palestin Tubuh Pasukan Tindakan Kecemasan

KUALA LUMPUR: Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) bersedia melatih dan berkongsi kepakaran dalam membantu golongan belia Palestin menubuhkan pasukan tindakan kecemasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Sulaiman Keling berkata, usaha itu penting bagi melahirkan anggota sukarela dalam kalangan belia memberi khidmat bantuan perubatan atau kecemasan paling awal di sesuatu kawasan.

"Perkongsian ilmu mengenai soal memberikan khidmat perubatan awal dan asas pengurusan kecemasan dalam kalangan rakyat Palestin merupakan satu usaha yang baik," katanya pada sesi lawatan 11 anggota Pergerakan Belia Malaysia-Palestin di ibu pejabat JPAM di sini Jumaat.

Lawatan itu turut disertai oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. - BERNAMA

Artikel Lain