suria

Dua Anggota Kumpulan Bersenjata Sulu Dipercayai Maut Berbalas Tembakan

LAHAD DATU: Sekurang-kurangnya dua pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh manakala tiga polis cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi Jumaat.

Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Cubaan The Star untuk menghubungi Azzimudie gagal tetapi dia dilaporkan sebagai berkata kepada radio Filipina kira-kira pukul 10.20 pagi bahawa mereka ditembak dan perlu mempertahankan diri.

Azzimudie mendakwa terdapat beberapa anggotanya yang cedera.

Artikel Lain