suria

Thailand, Pemberontak Tandatangani Perjanjian Rundingan Aman Julung Kali

Ketua Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (duduk, tengah) menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Hassan Taib (duduk, dua dari kanan) dan Leftenan Jeneral Pharadorn Phatthanatabutr (duduk, dua dari kiri) pada majlis menandatangani dokumen persetujuan umum bagi melancarkan proses dialog keamanan di wilayah sempadan selatan Thailand. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Thailand pada Khamis menandatangani perjanjian dengan kumpulan pemberontak di selatan negara itu yang majoritinya adalah masyarakat Islam sebagai jaminan untuk mengadakan rundingan aman bagi mengakhiri pemberontakan itu.

Ia adalah perjanjian yang pertama seumpamanya dalam sejarah negara itu.

Perjanjian bersejarah itu ditandatangani di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini antara pegawai Thailand dan wakil kumpulan pemberontak Barisan Revolusi Nasional (BRN) seiring dengan lawatan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra ke Malaysia.

Yingluck akan menemui rakan sejawatnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk rundingan tahunan yang turut melibatkan pemberontakan yang berlaku selama sembilan tahun dan kemungkinan Malaysia akan menganjurkan rundingan pada akan datang antara Thailand dan kumpulan militan.

Sejak kebelakangan ini terdapat serangan mendadak di sepanjang sempadan Thailand dengan majoriti penduduknya beragama Islam dan rakyat Malaysia, di mana pemberontakan selama sembilan tahun itu telah meragut lebih 5,500 nyawa.

“Dokumen konsensus umum untuk melancarkan proses dialog untuk keamanan” telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand, Leftenan Jeneral Pattanathabutr Paradorn dan Hassan Taib daripada BRN.

“Bersyukur kepada Allah, kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Kami akan memberitahu orang kami untuk bekerjasama bagi menyelesaikan masalah,” kata Hassan kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Hassan dikenali sebagai “ketua pejabat perhubungan BRN di Malaysia”. - AFP

Artikel Lain