suria

Syarikat Malaysia-China Diberi Tender Projek Bina Jalan Di P.Pinang RM8 Bilion

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberikan tender kepada syarikat usaha sama Malaysia dan China, Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd untuk membina beberapa jalan utama dan sebuah terowong di pulau itu.

Projek-projek yang melibatkan lebuh raya Gurney Drive-Tun Dr Lim Chong Eu sepanjang 4.2 kilometer (km), pintasan (empat lorong) bagi Tun Dr Lim Chong Eu-Bandar Baru Air Itam 4.6 km, terowong Pulau Pinang-Butterworth 6.5 km dan jalan sepanjang 12 km yang menghubungkan Tanjung Bungah dan Teluk Bahang (empat lorong).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, tender itu telah diberikan tetapi tertakluk kepada kontrak untuk ditandatangani.

“Projek ini dianggarkan melibatkan peruntukan kurang daripada RM8 bilion,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Artikel Lain