suria

Pulau Pinang Kini Punyai Enam Zon Bebas Asap Rokok

SUBANG JAYA: Pulau Pinang kini menjadi negeri kedua selepas Melaka yang mempunyai zon bebas asap rokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian telah meluluskan enam kawasan untuk diwartakan sebagai zon bebas asap rokok.

Katanya, mereka menyenaraikan antaranya ialah taman rekreasi termasuk Taman Botani.

Enam kawasan ini diwartakan sebagai zon bebas asap rokok sejak Oktober tahun lepas.

“Saya berharap mereka akan memohon untuk lebih banyak lokasi bersejarah supaya dijadikan sebagai kawasan bebas asap rokok,” katanya selepas melancarkan kempen Riben Biru di Pusat Perubatan Sunway di sini.

Di bawah program Bebas Asap Rokok Melaka, lima kawasan di negeri itu telah diwartakan sebagai zon bebas asap rokok sejak tahun 2011.

Artikel Lain