Pengamal Media Sosial Perlu Lebih Matang, Bertanggungjawab - PM - Semasa | mStar

Pengamal Media Sosial Perlu Lebih Matang, Bertanggungjawab - PM

KUALA LUMPUR: Pengamal media sosial perlu bersikap lebih matang dan bertanggungjawab apabila menggunakan kemudahan baharu itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sambil menyatakan sikap optimistik beliau terhadap media sosial dan kesannya terhadap masyarakat, Najib berkata adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya media sosial tidak terikat langsung dengan sebarang etika.

Kata beliau etika dan tanggungjawab yang datang bersamanya (media sosial) adalah sama pentingnya bagi masyarakat dalam memanfaatkan kepentingannya.

"Adalah sesuatu yang menyedihkan sekiranya tidak wujud sebarang etika dalam konteks media sosial ini," kata Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia anjuran Dewan Media Sosial (SMC) Malaysia di sini, Rabu.

Acara itu turut dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan pengasas, yang juga presiden Dewan Media Sosial Malaysia Shahul Hameed Shaik Dawood.

Najib berkata bulan-bulan yang akan datang merupakan tempoh yang menarik bagi mereka yang meminati politik dan Internet.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain