Lelaki Hilang Ditemui Mati Di Bawah Jambatan P.Pinang - Semasa | mStar

Lelaki Hilang Ditemui Mati Di Bawah Jambatan P.Pinang

GEORGE TOWN: Pasukan Bomba dan Penyelamat pada Rabu menemui mayat seorang lelaki di bawah Jambatan Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak awal pagi Selasa.

Mayat lelaki yang berumur dalam lingkungan 50-an itu ditemui anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Prai pada 10 pagi di Kilometer 5.4 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Seberang Perai.

Jurucakap polis berkata, lelaki itu dilaporkan hilang selepas peronda lebuh raya menemui sebuah kereta jenis Honda Accord berwarna putih dipercayai milik lelaki terbabit yang ditinggalkan di atas jambatan itu pada 1.57 pagi pada Selasa.

"Susulan penemuan kereta itu, polis dapat mengesan alamat lelaki terbabit menerusi nombor plat kereta dan menghubungi keluarganya memaklumkan kejadian itu.

"Selepas mendapat tahu mengenai penemuan kereta itu, keluarganya terus membuat laporan polis sebelum operasi mencari dan menyelamat dilancarkan," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya di Butterworth untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Ab Lah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berkata kes itu masih dalam siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!