suria

Sultan Pahang Pengerusi Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-231

KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah pada Rabu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-231 di Istana Negara di sini.

Mesyuarat sehari itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Kedah yang diwakili Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Datuk Seri Utama Tunku Annuar Sultan Badlishah dan Perak oleh Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Pada mesyuarat itu, raja-raja Melayu diiringi menteri besar kecuali Sultan Kelantan yang diiringi wakil menteri besar.

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah dan Melaka diiringi Ketua Menteri masing-masing manakala Sarawak diiringi Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain