suria

Pulau Pinang Kumpul Maklum Balas Pelan Penambahbaikan 10 Tahun

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang, dengan kerjasama Institut Pulau Pinang, akan melancarkan rangka kerja penambahbaikan negeri di Kuala Lumpur bagi mendapatkan maklum balas daripada pelabur terhadap negeri itu.

Paradigma Pulau Pinang, yang merupakan pelan 10 tahun di mana meliputi komponen keseimbangan masyarakat, ditujukan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang paling teratas di Malaysia menjelang 2023.

“Kami percaya dasar-dasar utama yang dicadangkan untuk Pulau Pinang juga bersesesuaian dengan tempat-tempat lain di Malaysia,” kata timbalan setiausaha publisiti DAP, Zairil Khir Johari yang bercakap mewakili Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Institut Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada satu sidang media di sini pada Rabu.

“Atas sebab ini, kami memutuskan untuk melancarkan Paradigma Pulau Pinang di Kuala Lumpur, bukan sahaja untuk berkongsi mengenai rancangan pembangunan kami tetapi juga untuk mengumpulkan maklum balas dari para pelabur mengenai negeri kami dalam usaha untuk menambahbaik pelan itu.”

Pelan itu berusaha untuk mengembalikan semula dinamisme ekonomi kepada negeri itu, serta mengekalkan persekitaran semula jadi, kata Zairil, sambil menambah bahawa pelan itu akan dilancarkan secara rasmi di Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu ini.

Antara janji pelan tersebut ialah mengurangkan trafik, minimum pendapatan isi rumah RM770 sebulan dan lebih pulangan tinggi dalam pelancongan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain