MNS Cabar Ahli Politik Isytihar Pendirian Hijau - Semasa | mStar

MNS Cabar Ahli Politik Isytihar Pendirian Hijau

KUALA LUMPUR: Persatuan Pecinta Alam Malaysia (MNS) buat pertama kali dalam tempoh 73 tahun melakar sejarah mencabar ahli politik untuk mengisytiharkan “pendirian hijau” dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Presidennya, Prof Dr Maketab Mohamed berkata, persatuan itu perlu menggalakkan rakyat untuk menyokong calon dan parti politik yang menjamin untuk melindungi alam sekitar dengan menumpukan perhatian terhadap kelemahan dalam sistem pengurusan hutan.

Beliau berkata, MNS telah mengumpulkan 10 permintaan untuk perubahan itu, termasuk dasar perubahan bagi melaksanakan rundingan awam mandatori sebelum pemansuhan gazet atau penukaran terhadap mana-mana hutan simpan.

Permintaan lain termasuk memohon persetujuan daripada masyarakat setempat untuk membersihkan dan menyenggara antara hutan simpan kekal dan hutan tanah negeri, di mana perlu dilakukan mengikut peraturan dengan rancangan sedia ada seperti Pelan Fizikal Kebangsaan dan pelan induk Central Forest Spine.

“Kita akan melihat hutan-hutan itu, sama ada d bawah Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, yang perlu dibersihkan. Kita mahu satu dasar alam sekitar yang akan menghentikan pembangunan tidak terurus," katanya pada sidang media di sini.

Pengarah Eksekutif MNS, Mohamed Shah Redza Hussein berkata, ia akan menganalisis manifesto setiap parti politik juga para calon di peringkat persekutuan dan negeri, serta memastikan keputusan diketahui orang ramai.

“Dengan keahlian seramai 4,000 orang, kami dapat menguruskannya dalam jangka pendek untuk menggerakkan hampir 90,000 tandatangan untuk kempen Belum-Temengor kami. Kami bercakap bagi suara penyokong di peringkat akar umbi,” katanya sambil menambah bahawa pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar yang mampan merupakan isu penting kepada para pengundi hari ini.

Ketua pemuliharaan MNS, Balu Perumal menegaskan bahawa setiap negeri mengalami masalah disebabkan isu alam sekitar sejak beberapa dekad.

“Masalah itu tidak dapat dikesan dengan tepat, ia merupakan masalah yang besar berlaku di seluruh negara. Dalam usaha untuk kita melangkah ke hadapan, kita perlu melindungi khazanah alam yang ditinggalkan, dengan sumber yang tidak diperkayakan,” tegasnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain