suria

Jual Bayi: Reman Lapan Suspek Dilanjutkan

BUKIT MERTAJAM: Tahanan reman lapan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket penjualan bayi dilanjutkan bagi membantu siasatan dalam kes di mana 21 bayi dan kanak-kanak berjaya diselamatkan pada minggu lalu.

Mereka antara 43 individu yang ditahan polis dalam satu operasi di tujuh negeri.

Suspek yang lain telah dibebaskan dibawah Sesyen 118 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

Difahamkan, jika lapan suspek itu tidak didakwa pada Rabu, polis akan berusaha supaya tahanan reman mereka dilanjutkan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, akhbar melaporkan bayi dan kanak-kanak berumur antara sebulan dan sembilan tahun diselamatkan di Penang (dua), Selangor (tujuh), Johor (tiga), Perak (tiga), Pahang (satu), Negeri Sembilan (satu) dan Kuala Lumpur (empat).

Sindiket itu berjaya ditumpaskan selepas polis menahan 36 individu dari Kedah, Perak dan di sini ketika operasi selama sebulan yang berakhir pada 24 Januari lalu.

Dalam operasi itu, polis berjaya menyelamatkan 10 kanak-kanak berusia antara dua bulan dan lapan tahun.

Sindiket tersebut dipercayai aktif sejak 2009.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain