P'Raya K'jaan Tempatan: P. Pinang Beri 2 Minggu Sebelum Saman Persekutuan, SPR - Semasa | mStar

P'Raya K'jaan Tempatan: P. Pinang Beri 2 Minggu Sebelum Saman Persekutuan, SPR

KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri Pulau Pinang memberi tempoh sehingga dua minggu kepada Kerajaan Persekutuan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bersetuju supaya pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu diadakan semula, sebelum bertindak memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng berkata, desakan itu membabitkan pemilihan anggota Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di negeri itu.

"Kita beri tempoh sehingga dua minggu mulai hari ini (Selasa) kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) dan SPR supaya bersetuju sebelum kita membuat keputusan untuk memfailkan saman terhadap mereka.

"Mereka perlu bersetuju kerana ini adalah hak kerajaan negeri untuk membuat pemilihan. Ini bukan keputusan secara individu tetapi keputusan kerajaan negeri demi kepentingan rakyat," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pilihan raya kerajaan tempatan di negeri itu sudah tidak dilakukan selama 48 tahun sejak ia dimansuhkan pada 1965.

Beliau turut mempersoalkan kenapa Kerajaan Persekutuan dan SPR menangguhkan permohonan dan permintaan kerajaan negeri sedangkan ia sudah dibuat lama sejak 2009 dan paling terbaru pada Disember tahun lalu.

"Mereka asyik berdolak-dalih, seolah-olah mahu melambatkan proses pilihan raya ini kerana terdapat pilihan raya yang lebih besar (pilihan raya umum ke-13).

"Oleh itu, kita perlu 'menggunakan' pilihan raya umum akan datang bagi memaksa kerajaan BN untuk memberi persetujuan," katanya.

Jika tindakan saman diteruskan, Lim berkata, kerajaan Pulau Pinang bakal menjadi kerajaan negeri yang ketiga untuk menyaman Kerajaan Persekutuan selepas Selangor (isu air) dan Kelantan (isu royalti minyak) tetapi yang pertama berhubung hal pemilihan kerajaan tempatan.

"Saya perlu optimistik yang kita boleh melakukan desakan ini bagi memberi tekanan kepada kerajaan BN supaya kita boleh mengadakan semula pilihan raya kerajaan tempatan," katanya lagi.

Artikel Sebelum

PR Anjur Persidangan Antarabangsa PRU-13

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain