suria

Pencerobohan Lahad Datu: Presiden Filipina Beri Amaran Kepada Sultan Sulu

Sitti Krishna Idjirami (kiri), adik kepada Sultan Sulu Jamalul Kiram III (tengah) dan Putera Mahkota Bantillan Kiram (kanan) bercakap pada sidang media di Manila, Selasa.

MANILA: Presiden Filipina Benigno Aquino memberi amaran kepada Sultan Sulu pada Selasa bahawa beliau akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan pengikutnya di Sabah.

Aquino memberitahu Sultan Jamalul Kiram III untuk memanggil pulang 180 pengikutnya supaya meninggalkan sebuah perkampungan nelayan dekat Lahad Datu yang diceroboh masuk sejak 9 Februari lalu.

"Sekiranya anda memilih untuk tidak bekerjasama, tindakan undang-undang negara ini akan digunakan untuk mencapai keadilan bagi semua.

"Keadaan seperti ini tidak boleh berterusan. Jika anda seorang pemimpin sebenar pengikut anda, anda perlu bekerjasama dengan kami dalam mengarahkan mereka pulang secara aman," kata Aquino dalam satu kenyataan yang disiarkan sebuah stesen televisyen tempatan.

Artikel Lain