suria

Ahmad Izham Dilantik CEO Rangkaian Televisyen Media Prima

Ahmad Izham
Ahmad Izham
Ahmad Izham

PETALING JAYA: Media Prima Berhad pada Isnin mengumumkan Ahmad Izham Omar dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Rangkaian Televisyen, stesen penyiaran itu.

Kumpulan media itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Isnin berkata, pelantikan itu akan berkuat kuasa pada 1 Mac depan.

Ahmad Izham sebelum ini ialah Ketua Pegawai Operasi (COO) dan CEO Prime Works Studio.

Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang muzik dan penyiaran serta pernah juga memegang jawatan sebagai CEO di 8TV pada Ogos 2003, CEO Rangkaian Radio (2006) dan CEO Media Baru (2009) kumpulan media itu.

“Dalam tugas barunya ini, beliau akan mengetuai dan menyelia empat stesen di bawah kumpulan Media Prima iaitu TV3, 8TV, ntv7 dan TV9,” kata kenyataan berkenaan.

Dalam rombakan jawatan pengurusan kanan itu, Media Prima turut memaklumkan Datuk Kamal Khalid dilantik sebagai COO, Perkhidmatan Perkongsian Kumpulan manakala Shareen Oii Bee Hong adalah Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan.

Sementara itu Datuk Amrin Awaluddin kekal sebagai Pengarah Urusan Kumpulan (GMD) rangkaian syarikat penyiaran itu.

Artikel Lain