Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia - Semasa | mStar

Melaka Bakal Miliki Jurassic Park Pertama Di Asia

MELAKA: Melaka bakal mempunyai sebuah taman haiwan purba dikenali sebagai 'Jurassic Park' bernilai RM200 juta yang dirancang dibina bersama beberapa projek pelancongan lain di Dataran 1Malaysia di sini.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata destinasi pelancongan yang pertama seumpamanya di Asia itu akan mempamerkan 200 spesies dinosaur melalui kaedah hidrolik dan elektronik.

Beliau berkata Jurassic Park itu akan dibina bersebelahan dengan sebuah lagi taman tema iaitu Melaka Sea World, melibatkan kawasan seluas 12.1 hektar yang akan dilaksanakan secara usahasama oleh Yayasan Melaka dan syarikat swasta, Eden Incorporation Berhad.

"Perbincangan mengenai projek ini berjalan lancar dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka ditandatangani pada Mac depan," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat mengenai projek tersebut di Seri Negeri di sini, Isnin.

Katanya Jurassic Park itu dijangka siap dibina dalam tempoh dua tahun selepas MoU tersebut ditandatangani.

Mohd Ali berkata Jurassic Park itu dijangka mampu menarik lebih satu juta pelancong setahun.

Sementara itu, beliau berkata kawasan Dataran 1Malaysia turut akan menempatkan Melaka Sea World yang akan dilengkapi galeri ikan paus terbesar di negara ini di atas tapak berkeluasan 60.7 hektar.

Beliau berkata projek lain yang turut dibina di kawasan tersebut termasuk Dataran Peta Malaysia bernilai RM2 juta, 21 restoran bas dan 20 chalet bas bernilai RM2.7 juta serta tiga padang bola bernilai RM1.4 juta. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Manifesto: PR Hasrat Mansuh Macam-Macam

Artikel Berikut

Nik Aziz Bidas Harussani

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain