suria

Lorong Di Jalan Bukit Bintang Ditutup Sementara Sebelah Malam Mulai Esok

KUALA LUMPUR: Lorong di Jalan Bukit Bintang akan ditutup buat sementara waktu pada sebelah malam secara berperingkat mulai esok (Selas) bagi memudahkan kerja utiliti.

Dua lorong di depan Hotel Royale Bintang dan pasaraya Speedmart99, masing-msing sejauh lima meter, akan ditutup antara 11 malam dan 5 pagi sehingga Sabtu, kata MRT Corporation dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu menyebut kerja utiliti merupakan proses penting dalam pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT).

Pengguna yang menghala ke arah Hotel Royale Bintang dinasihat menggunakan laluan altenatif di persimpangan Bukit Bintang Park, dan seorang petugas akan ditempatkan di situ bagi mengawal lalu lintas.

Penghadang keselamatan, kon trafik dan petugas akan ditempatkan bagi memberitahu dan mengawal pengguna jalan yang lalu di kawasan berkenaan.

Dalam satu kenyataan lagi, MRT Corp menyebut lorong paling kiri di jalan susur (menghala KL) berhampiran perhentian bas Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA) akan ditutup buat sementara waktu mulai esok sehingga 31 Mei.

Penutupan itu bagi membolehkan kerja memindahkan utiliti siap sepenuhnya di jalan sepanjang 400 meter dan penghadang keselamatan, kon trafik dan petugas akan ditempatkan di tapak kerja bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya.

Sehubungan itu, MRT Corp memohon maaf atas segala kesulitan yang terpaksa ditempuh orang ramai.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.kvmrt.com.my - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain