suria

Polis Serbu Pusat Karaoke, 23 GRO Warga Vietnam Ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah pusat karaoke di sini dan menyelamatkan 23 wanita warga Vietnam yang dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang.

Serbuan diketuai oleh Ketua Unit Anti Pemerdagangan (ATIP), (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Deputi Supritendan Nor Omar Sappi, menyerbu pusat karaoke dua tingkat yang terletak di Menara PGRM, Cheras pada pukul 1 pagi Sabtu.

Beliau berkata wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun mereka yang ditahan menggunakan pas lawatan sosial untuk memasuki negara.

Beliau berkata tindakan tersebut merupakan kesalahan di bawah Akta Imigresen kerana mereka menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di negara ini.

"Bagaimanapun, kami percaya wanita yang ditahan merupakan mangsa sindiket pemerdagangan orang yang telah menjanjikan wanita berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan di Malaysia sebaliknya mereka dihantar ke Lembah Klang untuk terlibat dengan aktiviti tidak sihat termasuk memberikan khidmat seks,” katanya.

Kira-kira 40 pelanggan dipremis berkenaan ditahan ketika 20 anggota termasuk 6 pegawai polis menyerbu pusat karaoke berkenaan.

Pusat karaoke berkenaan yang mempunyai lesen operasi yang sah, mempunyai lebih daripada satu dozen bilik dalam premis mereka yang boleh disewa oleh pelanggan.

Artikel Lain