suria

Polis Buru 2 Lagi Sindiket Jual Bayi - Hishammuddin

NIBONG TEBAL: Polis dijangka akan menumpaskan dua lagi sindiket bagi menyelamatkan lebih ramai bayi dan kanak-kanak daripada menjadi mangsa pemerdagangan di negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Husein berkata, lebih banyak kes pemerdagangan bayi akan dapat diselesaikan selepas dua sindiket berkenaan ditumpaskan.

"Kami akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan agensi berkaitan di negara-negara yang menjadi transit atau destinasi beberapa bayi berkenaan akan dihantar.

"Negara-negara ini termasuk China, Bangladesh dan Australia," katanya pada sidang media selepas Program Menteri Dalam Negeri bersama Anggota RELA di sini, Ahad.

Artikel Lain