suria

BR1M Hasil Perancangan Kerajaan BN Ke Arah Mantapkan Ekonomi - Khairy

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin bersama sebahagian daripada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia untuk golongan bujang di Majlis Pembandaran Manjung (MPM) di Manjung, Perak, Ahad. -fotoBERNAMA

LUMUT: Pemberian wang tunai melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat sememangnya menjadi hasrat kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN), yang mempunyai perancangan berbeza ke arah kemantapan ekonomi, kata Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata BR1M juga merupakan impak positif transformasi ekonomi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukan gimik atau umpan kepada rakyat menjelang pilihan raya.

"BR1M telah diberi sejak tahun lepas... kalau ini umpan untuk pilihan raya, kerajaan BN beri tahun ini sahaja," katanya pada majlis penyampaian BR1M kepada golongan muda di Dewan Merdeka Majlis Perbandaran Manjung, Ahad.

Khairy turut menafikan dakwaan wang BR1M adalah daripada hutang negara atau kutipan saman trafik.

Beliau juga berkata pencapaian ekonomi negara yang mencatat pertumbuhan baik juga berasaskan kepada situasi politik negara yang stabil, malah keadaan memberangsangkan ini turut memberi nilai dan makna kepada golongan berpendapatan sederhana.

Khairy, yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno, berkata pemberian BR1M, Baucar Buku serta Bantuan Awal Persekolahan adalah bukti 'janji ditepati' kerajaan BN dan ini berbeza dengan pembangkang di Selangor yang membuktikan 'janji dikhianati.

Terdahulu, beliau bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir melancarkan Skuad Gempur Pemuda BN Parlimen Lumut. - BERNAMA

Artikel Lain