PRU13: Polis Kenal Pasti Kawasan Panas di Johor - Semasa | mStar

PRU13: Polis Kenal Pasti Kawasan Panas di Johor

MUAR: Polis Johor sudah mengenal pasti beberapa kawasan yang dianggap panas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) dan akan memberi tumpuan di kawasan terbabit bagi memastikan proses pengundian dapat dijalankan secara aman tanpa sebarang kekecohan.

Tanpa menyebut kawasan yang dimaksudkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengingatkan semua pihak yang terlibat dalam kempen pilihan raya itu kelak supaya tidak memprovokasi polis untuk mengelak daripada dikenakan tindakan. "Polis Johor sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada pilihan raya umum kali ini. Kita nak pastikan keselamatan terjamin, pengundi keluar mengundi tanpa rasa takut untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perhimpunan memperingati peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Feb 1950 yang mengorbankan 17 anggota polis dan dua suri rumah serta seorang kanak-kanak.

Mohd Mokhtar berkata pihaknya mempunyai anggota yang cukup untuk digerakkan memantau perjalanan pilihan raya umum ke-13 kali ini.

Beliau juga mengingatkan anggota parti yang bakal bertanding PRU-13 supaya tidak sesekali melanggar Akta Perhimpinan Aman untuk mengelak daripada didakwa di Mahkamah. Mereka yang hendak mengadakan ceramah misalnya kata beliau perlu mendapatkan permit 10 hari sebelum sesuatu majlis hendak diadakan di mana-mana tempat di negeri ini. "Jika ada bantahan, kita akan memanggil kedua-dua pihak yang terbabit untuk berbincang hati ke hati bagi mencari jalan penyelesaian," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Mohd Mokhtar menyelar pihak-pihak tertentu yang memperlekeh perjuangan anggota pasukan keselamatan yang terkorban ketika mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong itu.

Sebaliknya beliau mahu masyarakat menghargai perjuangan tulus mereka serta menjadikan semangat kerjasama antara polis dan orang awam dalam kejadian itu sebagai amalan terbaik untuk mencegah sebarang kejadian jenayah.

"Tanpa pengorbanan pasukan keselamatan, kita tidak mungkin dapat menikmati kehidupan yang lebih baik sekarang ini," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

PRU13 Tidak Akan Bertembung Dengan LIMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain