PPP Nafi Ahli Serang Ibu Pejabat Malaysian Nanban - Semasa | mStar

PPP Nafi Ahli Serang Ibu Pejabat Malaysian Nanban

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk (PPP) pada Jumaat menafikan dakwaan Malaysian Nanban bahawa ibu pejabat akhbar harian berbahasa Tamil itu di Jalan Ipoh diserang anggotanya berhubung penyiaran sebuah artikel berbaur fitnah.

Ketua Pemuda PPP Harridz Mohan berkata anggota parti itu dan presidennya Datuk Seri M. Kayveas hanya pergi ke ibu pejabat akhbar berkenaan selepas dijemput pengarah urusan Malaysian Nanban Datuk Shafee Zaman Sikandar Batcha untuk memberi penjelasan tentang artikel berkenaan, yang disiarkan akhbar itu pada Rabu.

Artikel itu dikatakan menuduh PPP, parti komponen Barisan Nasional (BN), mengagihkan secara percuma bungkusan makanan kepada golongan yang memerlukan untuk menarik pengundi India menyokong BN.

Harridz juga menafikan terdapat anggota parti itu mengancam dan menyebabkan kecederaan terhadap pemberita akhbar berkenaan LK Raj seperti yang didakwa Malaysian Namban.

Beliau berkata pengagihan makanan percuma di bawah program "LET'S FEED" (Makanan untuk golongan memerlukan) parti itu bermula tahun lepas dan melaluinya, makanan vegetarian diagih kepada mereka yang memerlukan, tanpa mengira bangsa, agama dan kerakyatan di seluruh negara.

"Pusatnya terletak di Taman Sentosa, Klang di kawasan Kota Raja. Sekiranya ia mempunyai tujuan politik, sudah tentu kami menempatkan pusatnya di kawasan Batu, yang menjadi kawasan sasaran kami untuk meletakkan calon, tapi kami tidak berbuat demikian kerana ia semata-mata dilakukan demi kemanusiaan," katanya.

Setiap akhbar berhak menulis apa saja, tetapi ia perlu menjunjung etika tidak memfitnah sesiapa jua dengan sesuka hati, katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain