suria

Perbicaraan Dua Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Lubnan Pada 25 Feb

PETALING JAYA: Perbicaraan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan kerana disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan militan al-Qaeda, akan bermula pada Isnin.

Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 22, dan Razif Mohd Ariff, 31, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan membuat persediaan untuk tindakan mengganas dan menjadi ahli organisasi al-Qaeda.

Mereka dituduh cuba memasuki Syria dalam misi melancarkan serangan berani mati.

Peguam untuk kedua-duanya, Marwan Sinno, pada Jumaat berkata perbicaraan itu akan diadakan di mahkamah tentera di Beirut dan hanya orang-orang yang berkaitan dengan kes itu akan dibenarkan hadir.

Kedua-dua mereka telah ditahan di lapangan terbang Beirut pada 18 Oktober selepas disyaki dilatih sebagai pengebom berani mati.

Mereka telah menghadapi pertuduhan di hadapan mahkamah tentera di Lubnan pada 1 November di mana kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah.

Artikel Lain