suria

Pencerobohan Lahad Datu: Kapal Tentera Filipina Buat Rondaan Bantu Pastikan Keadaan Stabil

Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina. Foto Oleh: EPA
 Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina.  Foto Oleh: EPA
Kapal tentera laut Filipina di lihat meronda sekitar Laut Sulu dan kawasan pelabuhan wilayah Sulu di selatan Filipina. Foto Oleh: EPA

LAHAD DATU: Enam kapal tentera laut Filipina telah dikerahkan ke laut Sulu dan Tawi Tawi untuk menghalang kemungkinan berlakunya pertumpahan darah di antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sultan Sulu yang melakukan pencerobohan.

Kapal-kapal ini hanya menjalankan rondaan di perairan pulau Tawi Tawi, pulau yang terletak kurang daripada setengah jam dari kampung Tandau, di tepi pantai di mana kumpulan dari Sulu itu bersembunyi sejak 9 Februari lalu, dengan menaiki bot laju.

Jurucakap tentera laut Filipina Lt Gregory Fabic dipetik sebagai berkata memberitahu media di Manila bahawa kapal tentera laut itu tidak akan berlabuh di perairan Sabah tetapi berada di sana untuk membantu memastikan keadaan stabil.

Beliau berkata tiada arahan yang diberikan terhadap pemindahan kumpulan dari Sulu itu yang diketuai Raja Muda Azzimudie Kiram, abang kepada Sultan Jamalul Kiram III.

"Kami berharap isu ini dapat diselesaikan secara aman. Sekiranya mereka berundur, kami tidak ke sana untuk membantu mereka kerana kami perlu menerima arahan jika mahu berbuat demikian,” Fabic dipetk sebagai berkata.

"Sekiranya ada konflik, kami tidak dapat menolong mereka. Kami akan (hanya pergi ke sana) sekiranya ia diselesaikan secara aman dan ada arahan untuk menghantar pulang semua tawanan ke negara asal," Fabic dipetik sebagai berkata.

Kira-kira 100 ahli kumpulan Sulu masih lagi berkeras untuk tinggal di Tanduo walaupun hari Jumaat merupakan tarikh akhir mereka sepatutnya dihantar pulang.

Pihak keselamatan Malaysia, telah melebarkan kepungan mereka di darat dan laut sekitar kumpulan berkenaan.

Mereka dilaporkan dalam keadaan siapsiaga untuk menghantar pulang kumpulan berkenaan namun mereka masih menunggu agar rundingan dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpuhan darah.

Sementara itu, Presiden Filipina, Benigno Aquino dilaporkan berkata di Manila bahawa pengikut Sultan Sulu, yang mendakwa Borneo Utara sebahagian daripada Kesultanan Sulu, seharusnya menyerah diri secara aman.

"Pergi ke sana dengan senjata tidak akan dapat menyelesaikan masalah ini.

"Apabila anda menggunakan senjata maka secara semula jadinya hanya ada satu cara untuk pihak disebelah sana bertindak balas terhadap cabaran sebegitu," Aquino dilaporkan berkata ketika mengulas buat kali pertama mengenai insiden berkenaan.

Aquino turut menyatakan bahawa pihak kerajaan telah bercakap dengan pelbagai pihak, termasuk keluarga Sultan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Sementara itu, Setiausaha Luar Filipina Albert del Rosario dalam satu kenyataan berasingan dilaporkan berkata Aquino telah mengarahkan pihak berkuasa kerajaannya 'untuk melakukan apa juga cara' yang boleh bagi menggesa kumpulan penceroboh itu menyerah secara aman dan mereka perlu melakukannya dalam masa terdekat.

Artikel Lain