suria

MPS Tiada Kuasa Ke Atas PLUS: Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis memutuskan Majlis Perbandaran Sepang (MPS) tidak mempunyai kuasa ke atas Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Hakim Datuk Zaleha Yusuf turut membenarkan syarikat pengendali kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Beta Tegap Sdn Bhd memasang kamera AES di dua lebuh raya itu.

Hakim Zaleha berkata Plus dan SKVE berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.

Pada 19 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Beta Tegap bagi semakan kehakiman untuk mencabar keputusan MPS yang difailkan 12 Disember lepas.

Dalam permohonan itu, Beta Tegap mendakwa MPS, menerusi sepucuk surat bertarikh 19 November tahun lepas, memutuskan syarikat berkenaan perlu memohon kebenaran untuk memasang tiang dan kamera AES di Kilometer 301.7 Lebuhraya Utara Selatan dan Kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan, kedua-duanya di Dengkil, Sepang. BERNAMA

Artikel Lain