suria

Keputusan Akhir Di Tangan Najib - Tee Keat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pandan Datuk Seri Ong Tee Keat tidak terkejut mengenai laporan bahawa dia tidak tersenarai sebagai calon berpotensi MCA pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau menegaskan hanya Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempunyai kata putus mengenai senarai calon.

"Saya tidak terkejut dengan pengumuman itu. Ia sudah saya jangka.

"Namun, keputusan akhir di tangan Pengerusi BN," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Pada Rabu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata Ong tidak tersenarai sebagai calon berpotensi untuk mempertahankan kerusi Parlimen itu.

Dr Chua berkata, Ong tidak mendapat sokongan ahli MCA di kawasan yang diterajuinya selama lima penggal.

Artikel Lain