suria

Rakyat Malaysia Ditahan Di Thailand Kerana Miliki Wang Palsu Dan Dadah

BANGKOK: Seorang lelaki warga Malaysia berusia 30 tahun ditahan kerana menggunakan mata wang palsu Thailand untuk membeli kad telefon di Betong, Yala, pada Selasa.

Ketua Polis Betong, Kolonel Suwat Wongpaiboon pada Rabu berkata, suspek ditahan di sebuah hotel selepas seorang peniaga mengadu kepada polis bahawa lelaki itu menggunakan sekeping not palsu bernilai 1,000 Baht untuk membayar kad telefon bernilai 450 Baht.

Katanya, hasil siasatan, polis turut menemui 13 keping not 1,000 Baht palsu, sekeping not palsu RM50 serta beberapa pil ekstasi dalam simpanan lelaki itu yang berasal dari Kampar, Perak.

Menurutnya, suspek dipercayai memasuki negara itu secara haram. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain