suria

Masyarakat India Jangan Anggap Tak Dibantu Dalam Jalankan Perniagaan - TPM

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) ketika merasmikan Dewan Perniagaan India Perak (PICC) di Ipoh, Selasa. Turut serta Presiden PICC Sultan Abdul Khader Sheikh Muhammad (dua, kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) ketika merasmikan Dewan Perniagaan India Perak (PICC) di Ipoh, Selasa. Turut serta Presiden PICC Sultan Abdul Khader Sheikh Muhammad (dua, kiri). -fotoBERNAMA
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tiga, kiri) ketika merasmikan Dewan Perniagaan India Perak (PICC) di Ipoh, Selasa. Turut serta Presiden PICC Sultan Abdul Khader Sheikh Muhammad (dua, kiri). -fotoBERNAMA

IPOH: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masyarakat India tidak harus menganggap mereka diketepikan dalam sebarang pemberian bantuan oleh kerajaan dalam bidang perniangaan.

Beliau berkata kerajaan sentiasa memberi peluang yang sama rata kepada semua rakyat Malaysia, dan menegaskan apa yang penting adalah mereka perlu berusaha gigih untuk berjaya.

Malah kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjalankan perniagaan bagi semua usahawan tanpa mengira kaum, dan ini harus dinikmati secara saksama oleh penduduk negara ini, kata beliau semasa merasmikan Wisma PICC, bangunan baru Dewan Perniagaan India Perak (PICC), di sini, Selasa.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Muhyiddin berkata walaupun kerajaan menyediakan segala-galanya, "tetapi kalau kita (para usahawan dan peniaga) tidak bersungguh-sungguh menjalankan perniagaan dan hanya mengharapkan keuntungan tanpa usaha gigih, maka kita tidak mampu menghadapi persaingan dan kita tidak boleh maju."

Muhyiddin berkata kerajaan telah membantu dalam mempercepatkan kelulusan lesen menjalankan perniagaan dan pendaftaran syarikat yang sebelum ini biasanya mengambil masa berbulan-bulan sebelum dapat berbuat demikian.

"Tetapi sekarang ini dapat dilakukan dalam masa sehari. Dan tentunya, banyak lagi inisiatif, yang kerajaan lakukan untuk memudahkannya untuk perniagaan," kata beliau.

Beliau mencadangkan agar usahawan dan peniaga kaum India menghasilkan produk dan perkhidmatan yang mampu memasuki pasaran sedia ada, selain dapat berdepan dengan pelbagai persaingan sama ada di peringkat tempatan atau antarabangsa.

"Saya pernah berada dalam sektor perniagaan. Ia bukan muda tetapi ia bergantung kepada kita, bagaimana perlu bekerja keras dan memastikan anda mempunyai perniagaan yang komparatif," katanya.

Muhyiddin berkata dengan keadaan negara yang aman dan politik yang amat stabil pada masa ini, kerajaan telah dapat menyediakan pelbagai inisiatif termasuk prasarana untuk mewujudkan iklim perniagaan yang kondusif di negara ini.

Muhyiddin turut memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai seorang pakar ekonomi sehingga ramai yang menggelar dasar yang diperkenalkannya sebagai "Najibnomics".

Rakyat Malaysia harus berbangga dengan dasar itu yang bersifat pro-perniagaan seperti menyediakan persekitaran yang kondusif, sokongan dari aspek kewangan dan pelbagai insentif cukai serta bukan cukai yang disediakan sepanjang masa, katanya.

Beliau berkata walaupun kerajaan berhasrat menarik lebih ramai pelabur asing melabur di negara ini, kerajaan tetap memberi ruang dan peluang untuk rakyat Malaysia menjalankan perniagaan sama ada kecil mahupun besar.

Beliau berkata kerajaan juga mengiktiraf peranan badan-badan seperti dewan perniagaan yang mendokong usaha-usaha mengembangkan ekonomi negara.

Sementara itu, Muhyiddin turut berharap Perak akan terus menjadi sebuah negeri yang membolehkan perniagaan berkembang pesat.

Wisma PICC yang bernilai RM1.2 juta itu berfungsi sebagai pusat pentadbiran, tempat melatih usahawan dan pusat operasi perniagaan bersepadu di Perak. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain