Jual 'Datuk Seri': Kontraktor, Penganggur Dipenjara Dan Didenda - Semasa | mStar

Jual 'Datuk Seri': Kontraktor, Penganggur Dipenjara Dan Didenda

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman penjara 10 tahun serta denda RM50,000 ke atas seorang kontraktor kerana meminta dan menerima suapan RM5,000 daripada seorang lelaki empat tahun lepas.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pembelaan Mohd Amirul Erwan Mohd Raslan, 36, gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mohd Amirul didakwa meminta suapan RM5,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk membantu seorang individu lain memperoleh darjah kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' di Hotel Grand Kampar, Perak pada 2 Februari 2009.

Dia juga didakwa menerima suapan RM5,000 daripada lelaki itu bagi tujuan serupa di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya pada 4 Feb tahun sama.

Mat Ghani menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM25,000 bagi setiap pertuduhan.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan Mohd Amirul menjalani hukuman itu secara serentak.

Mahkamah sama turut menjatuhi hukuman penjara lima tahun dan denda RM10,000 ke atas seorang penganggur Mohd Afandi Mohd Zambri, 45, kerana menerima suapan RM1,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk membantu individu itu mendapat gelaran 'Datuk Seri' di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya, pada 19 Februari 2009.

Terdahulu, Mat Ghani melepas dan membebaskan kedua-dua tertuduh daripada pertuduhan menerima suapan berbentuk sekeping cek Hong Leong Bank Bhd berjumlah RM25,000 daripada lelaki sama bagi tujuan serupa di hotel berkenaan pada 30 Jan 2009.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan untuk menangguh pelaksanaan hukuman penjara dan denda terhadap kedua-dua tertuduh, dengan syarat mereka perlu memfailkan notis rayuan dalam tempoh dua minggu, jika tidak perintah itu akan terbatal.

Mohd Amirul dan Mohd Afandi juga diarah melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Perak pada minggu pertama setiap bulan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Tersedak Susu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT