suria

Xavier Hina Saya Bila Minta Bantuan Pinjaman – Jurutera

PETALING JAYA: Seorang lelaki membuat laporan polis terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jeyakumar atas dakwaan menghina dan menghalau dia keluar daripada pejabatnya ketika memohon pinjaman.

Subramaniam Batumalai, 41, seorang jurutera syarikat kumbahan berkata dia telah pergi ke pejabat Dr Xavier untuk meminta surat sokongan bagi memohon pinjaman daripada Yayasan Selangor.

Jurutera yang pernah berkhidmat di Amerika Syarikat selama 11 tahun sebelum pulang ke Malaysia pada 2004, itu berkata dia berharap dapat memohon pinjaman berjumlah RM200,00 untuk memulakan kembali perniagaan bahan api yang telah dijualnya kira-kira enam tahun lalu.

"Saya telah mendapatkan surat sokongan daripada Ahli Parlimen Kuala Langtm Abdullah Sani Abdul Hamid dan mahu mendapatkan satu lagi surat daripada Dr Xavier juga.

"Bila saya cuba mendapatkan bantuannya, dia menghina saya, beliau berkata saya perlu meninggalkan Malaysia dan mencari pekerjaan di luar negara," ujarnya.

Subramaniam berkata dia juga telah menyediakan pelan perniagaan terperinci untuk ditunjukkan kepada wakil rakyat berkenaan.

Dia mendakwa Dr Xavier tidak melihat langsung dokumen tersebut sebaliknya menghamburkan kata-kata yang menghinanya, dengan bertanya mengapa kerajaan perlu membantunya hanya kerana dia pulang ke Malaysia selepas bekerja di luar negara.

Subramanim turut membuat laporan di balai polis Klang pada Isnin.

Ketika dihubungi, Dr Xavier menafikan beliau menghina Subrmaniam, sebaliknya apa yang berlaku adalah perbincangan.

"Dia merasakan kerajaan perlu menyediakan pinjaman kepada mereka yang pulang dan bekerja di Malaysia dan saya tidak bersetuju mengenainya," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terkejut apabila Subramaniam membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Artikel Lain