Saluran Air Bawah Tanah Gagal Berfungsi Punca Banjir Kilat Di Puchong - Semasa | mStar

Saluran Air Bawah Tanah Gagal Berfungsi Punca Banjir Kilat Di Puchong

KUALA LUMPUR: Satu daripada tiga saluran air bawah tanah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang gagal berfungsi dikenal pasti punca berlakunya banjir kilat di kawasan berhampiran IOI Mall, Puchong dekat sini, petang Isnin.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Datuk Asmawi Kasbi berkata kegagalan saluran itu berfungsi dengan baik menyebabkannya tidak dapat menampung kuantiti air yang meningkat selepas hujan lebat pada 12.45 tengah hari, Isnin.

"Mengikut laporan Jabatan Kaji Cuaca, hujan itu dikategorikan sebagai hujan lebat iaitu 68 milimeter. Oleh itu air naik dengan cepat menyebabkan saluran tersebut gagal berfungsi dengan baik," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau juga berkata faktor lain yang menyebabkan banjir tersebut ialah kedudukan di kawasan IOI Mall adalah rendah berbanding Bandar Puteri Puchong yang terletak di sebelah kawasan itu.

"Disebabkan tempat itu rendah maka air yang bertakung tidak dapat mengalir dengan baik menuju ke sungai Klang" katanya.

Asmawi berkata pihaknya telah meminta Malaysian Resources Corporation Bhd's (MRCB) iaitu kontraktor membina laluan Transit Aliran Ringan (LRT) di kawasan itu untuk memperbesarkan longkang sedia ada bagi mengelakkan kejadian seperti itu berulang.

"Longkang itu akan siap dalam masa sebulan setengah bermula hari ini," katanya.

Sementara itu, Pengurus Jabatan Komunikasi LITRAK, Shah Rizal Mohamed Fawzi ketika dihubungi Bernama berkata punca berlakunya banjir kilat yang seteruk itu adalah disebabkan longkang yang gagal berfungsi lalu menyebabkan limpahan.

"Longkang itu diselenggara dengan baik, tetapi hujan air yang terlalu banyak menyebabkan limpahan air. Kejadian seperti itu pernah berlaku pada tahun 2006 dan ini adalah kali kedua," katanya.

Asmawi berkata esok LITRAK, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) dan LDP akan membuat penyelidikan terperinci mengenai punca sebenar kejadian banjir kilat itu.

"Kita akan dapat keputusan daripada penyelidikan tersebut dalam masa dua minggu," katanya.

Dalam Kejadian kira-kira 6 petang itu sebanyak 140 buah kenderaan dilaporkan 'terperangkap' di pakir berhampiran IOI Mall dan keadaan lalu lintas dilaporkan sesak teruk di beberapa jalan utama di sekitar Puchong ekoran banjir kilat antaranya di kawasan LDP. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain