Dakwaan Anwar Malaysia Hampir Muflis Satu Pembohongan - Muhyiddin - Semasa | mStar

Dakwaan Anwar Malaysia Hampir Muflis Satu Pembohongan - Muhyiddin

SUNGAI SIPUT: Dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Malaysia hampir muflis adalah satu pembohongan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata negara sebaliknya mempunyai sumber yang banyak serta pendapatan yang lebih besar.

"Anwar kata kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah hampir muflis, saya hendak tanya pegawai kerajaan yang ada di sini, siapa yang tidak dibayar gaji? Ketua kampung, siapa yang tidak dapat elaun?

"Dia pergi ke seluruh pelusuk dunia bercerita tentang kezaliman, penindasan, tidak ada pembelaan, rakyat terabai dan semua kaum hidup menderita. Itu satu pembohongan besar," kata timbalan pengerusi BN itu ketika berucap pada Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di sini, Selasa.

Beliau berkata rizab negara yang dikumpul jauh lebih banyak berbanding negara lain.

"Tahun lepas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) maklumkan kepada kami dalam Kabinet bahawa buat pertama kali dalam sejarah, cukai pendapatan tidak naik tetapi pungutan cukai mencapai RM125 bilion," katanya.

Beliau berkata pungutan hasil itu diagih-agihkan dalam bentuk bantuan yang diberikan kepada rakyat.

Muhyiddin berkata dalam usaha membantu meringankan beban rakyat, kerajaan menyediakan lebih 200 produk 1Malaysia antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia dan Klinik Rakyat 1Malaysia.

"Kesemua bantuan yang diberikan kerajaan bertujuan menurunkan kos hidup supaya rakyat tidak terbeban dengan masalah itu. Kalau begitu halnya, adakah betul yang disebutkan oleh Anwar bahawa kerajaan kita bankrap, kerajaan kita sudah tidak mampu?" katanya.

Beliau berkata bantuan yang diberikan oleh kerajaan menunjukkan kerajaan B Nmampu membela nasib rakyat.

"Kita minta rakyat beri mandat untuk (BN) terus terajui negara lepas pilihan raya umum akan datang supaya negara boleh kekal menjadi negara yang aman dan tenteram dan rakyat boleh hidup dengan selesa," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa