suria

Janin Bertali Pusat Ditemui Dalam Loji Kumbahan

Seorang anggota polis membawa bungkusan yang mengandungi janin cukup sifat sebesar tapak tangan berusia 4 bulan yang dijumpai di dalam penapis kumbahan Loji Kumbahan Taman Desa Wangsa, Permatang Damar Laut, George Town, Isnin. Janin yang masih bertali pusat itu dipercayai berada di lokasi tersebut selama tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Dua pembersih loji kumbahan menemui janin berusia empat bulan dalam loji Taman Desa Wang, Permatang Damar Laut, Batu Maung di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata pada kejadian pukul 5 petang itu, janin sebesar tapak tangan yang masih bertali pusat itu dipercayai berada di lokasi tersebut selama tiga hari berdasarkan keadaan fizikal dan warnanya.

"Hasil siasatan awal, kali terakhir kerja pembersihan dilakukan ialah pada pukul 3 petang Jumaat lepas.

"Apabila petugas loji mendapati aliran air kumbahan seperti tersekat oleh sesuatu, mereka datang meninjau dan mendapati ada janin tersangkut pada penapis loji," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata janin berkenaan telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di talian 04-8662222 bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Xenophon Berat Sebelah - Ku Nan

Artikel Berikut

Artikel Lain