suria

Senator Australia Nick Xenophon Yang Ditahan Di LCCT Akan Dihantar Pulang

SEPANG: Polis mengesahkan Senator Australia Nick Xenophon telah dinafikan kemasukan ke Malaysia.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan ahli parlimen Australia telah tidak dibenarkan untuk memasuki negara ini.

"Beliau akan ditahan di lapangan terbang sebelum dihantar pulang melalui penerbangan ke Australia pada malam Sabtu," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Difahamkan bahawa Xenophon, 54, mendarat di negara ini pada sabtu sekitar pukul 6.40 pagi di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Menurut laporan, tidak lama selepas tiba beliau membuat pemeriksaan kastam tetapi diberitahu terdapat masalah dengan pasport beliau.

Xenophon dijangka menaiki penerbangan pulang pada pukul 10 malam Sabtu dari LCCT ke Australia.