suria

PM Sertai 20,000 Rakyat Gaul 'Yee Sang' Terpanjang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sijil Malaysian Book of Records selepas menggaul Yee Sang terpanjang sempena Sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang, K.Lumpur, Ahad. Turut sama isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menyertai 20,000 rakyat pelbagai kaum menggaul 'Yee Sang' sepanjang 977 meter sempena sambutan Festival Tahun Baharu Cina 2013 di Jalan Bukit Bintang di sini.

Beliau ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali serta beberapa menteri kabinet.

Yee Sang itu yang disediakan 69 tukang masak profesional turut diiktiraf sebagai yang terpanjang dan disenaraikan di dalam Malaysia Book of Records.

Yee Sang merupakan makanan tradisional masyarakat Cina yang disediakan ketika sambutan Tahun Baharu Cina sebagai lambang kesejahteraan dan panjang umur.

Terdahulu, ketibaan Najib dan Rosmah disambut meriah dengan 333 peserta tarian singa dan paluan gendang ketika bergerak ke pentas utama.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menerima tulisan kaligraf Cina tertera perkataan "Sheng" atau menang dalam bahasa Malaysia selepas memalu gendang terbesar di atas pentas.

Festival Tahun Baharu Cina itu dianjurkan bersama 488 persatuan kaum Cina dengan kerjasama 282 jawatankuasa tokong dari seluruh negara. - BERNAMA

Artikel Lain