suria

Pemilih Di Luar Negara Boleh Mohon Undi Secara Pos Sehingga Hari Pembubaran

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menetap di luar negara dan berdaftar sebagai pemilih berdaftar mempunyai tempoh sehingga hari pembubaran Parlimen untuk memohon mengundi secara pos pada pilihan raya ke-13.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata permohonan menerusi Borang 1B yang diterima selepas pukul 12 malam pada hari pembubaran tidak akan diproses.

Sejak permohonan dibuka 21 Januari lepas hingga Sabtu(semalam), SPR menerima 2,485 permohonan daripada rakyat Malaysia di luar negara, katanya kepada Bernama.

Daripada jumlah itu, antara permohonan tertinggi diterima daripada mereka yang menetap di Australia iaitu 574, United Kingdom (449), Amerika Syarikat (195), China (132), Qatar (116) dan Emiriah Arab Bersatu (97).

Selain mereka, 2,651 pelajar Malaysia, penjawat awam dan pasangan yang tinggal di luar negara dan merupakan pengundi tidak hadir telah mendaftar untuk mengundi secara pos pada pilihan raya ini.

Beliau berkata rakyat Malaysia boleh merujuk panduan mengisi Borang 1B dan senarai soalan berkaitan (FAQ) yang disediakan melalui laman sesawang SPR bagi memastikan mereka mengisi borang permohonan mengundi secara pos dengan betul.

Borang 1B yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada ibu pejabat SPR sama ada melalui e-mel (upup "Kalau betul-betul sayangkan negara dan mahu mengundi, patutnya sanggup buat apa sahaja." - BERNAMA

Artikel Lain