Sekretariat Sohonista Diwujud Untuk Bantu Wanita Berniaga Secara Online - Semasa | mStar

Sekretariat Sohonista Diwujud Untuk Bantu Wanita Berniaga Secara Online

KUALA LUMPUR: Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Malaysia pada Sabtu mengumumkan penubuhan Sekretariat Kebangsaan Sohonista khusus untuk membantu wanita yang menjalankan perniagaan secara 'online'.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata istilah Sohonista yang membawa maksud 'small office, home office' dan dari wanita untuk wanita, merupakan inisiatif Wanita Barisan Nasional (BN) dalam memperkasakan ekonomi kaum Hawa atas prinsip setiap wanita perlu mempunyai 'dompet' sendiri.

Menurutnya, idea mewujudkan sekretariat itu timbul kerana ramai wanita terutama mereka yang baru berkahwin atau mempunyai keluarga kecil terpaksa meninggalkan karier berikutan masalah tidak mempunyai pembantu rumah.

"Saya lihat mereka ini yang mempunyai idea, sumber dan kemahiran mula berniaga dari rumah secara online, tetapi ada kalanya mereka menghadapi rintangan untuk mendapatkan bantuan.

"Sohonista juga tidak semata-mata tertumpu kepada wanita kerana kami juga terbuka kepada golongan lelaki yang mahu turut serta dalam program ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bazar Sohonista pertama di sini.

Turut hadir Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari yang juga Pengerusi Sohonista. Mengulas lanjut, Shahrizat berkata sekretariat itu akan membantu mereka yang terlibat dalam bidang perniagaan online mendapatkan bantuan seperti nasihat dan kewangan.

"Contohnya, semalam Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melancarkan Dana Usahawan Muda bernilai RM50 juta khusus untuk golongan belia yang ingin memulakan atau mengembang perniagaan sedia ada.

"Tapi mungkin ramai yang masih tidak tahu bagaimana cara atau ke mana mereka perlu pergi untuk memohon dana itu, jadi kami akan bertindak sebagai perantaraan kepada mereka," kata Shahrizat yang turut melancarkan laman web dan aplikasi mobil Sohonista di www.sohonista.my.

Majlis pelancaran itu disertai lebih 80 usahawan Sohonista dan dimeriahkan dengan kewujudan 30 gerai yang menjual pelbagai barangan seperti tudung, pakaian dan barangan perhiasan.

Turut mengambil peluang berniaga ialah artis seperti Atilia, Yasmin Hani dan Daphne Iking yang menjual beg, baju dan tali pinggang yang sebelum ini dijual secara online. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain