suria

PRU-13 Tidak Semestinya Pada Cuti Sekolah - Tengku Adnan

PUTRAJAYA: Pilihan raya umum ke-13 tidak semestinya diadakan ketika musim cuti persekolahan penggal pertama akhir bulan depan, walaupun banyak pihak yang membuat spekulasi sedemikian.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun mengadakan pilihan raya pada musim cuti persekolahan merupakan kebiasaan, namun faktor lain akan turut diambil kira.

"Ia bukanlah kemestian kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membuat perhitungan tertentu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Keluarga kawasan Parlimen Putrajaya di sini pada Sabtu.

Tengku Adnan berkata saringan terakhir calon BN hampir siap sepenuhnya, termasuk semakan calon dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, pihak polis dan Jabatan Insolvensi.

Beliau yang juga Anggota Parlimen Putrajaya yakin pengundi di Putrajaya menghargai apa yang dilakukan kerajaan dan akan memberi sokongan kepada BN. BERNAMA

Artikel Lain