Persediaan Akhir Undi Pos - SPR - Semasa | mStar

Persediaan Akhir Undi Pos - SPR

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini dalam proses persediaan untuk memuktamadkan senarai pengundi pos warga Malaysia di 105 tempat seluruh negara bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, CD dan buku panduan mengenai proses pengundian akan dihantar ke tempat-tempat berkenaan tidak lama lagi.

"Wisma Putra juga telah memberikan jaminan kepada SPR bahawa pegawai-pegawai dan kakitangan di kedutaan kita mampu untuk menjalankan proses pengundian," katanya.

Sehingga pukul 4 petang Rabu, seramai 2,169 rakyat Malaysia di luar negara memohon untuk menjadi pengundi pos.

Kebanyakan mereka berada di Australia (500), Britain (410), Amerika Syarikat (173), Qatar (103) dan Emiriah Arab Bersatu (94).

Sementara itu kawasan Parlimen dengan bilangan pengundi luar negara paling ramai ialah Petaling Jaya Utara (124), Kelana Jaya (110), Segambut (95), Subang (82) dan Gombak (65).

Usaha memperluas pengundian pos bagi rakyat Malaysia di luar negara merupakan salah satu syor yang diterima oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai feformasi pilihan raya pada April tahun lalu.

Sebelum ini hanya pelajar sepenuh masa, kakitangan awam dan isteri-isteri mereka yang tinggal di luar negara dibenarkan untuk membuang undi mereka melalui pos.

Bagaimanapun rakyat Malaysia yang tinggal di selatan Thailand, Singapura, Brunei dan Kalimantan tidak layak untuk menjadi pengundi pos dan mesti kembali ke negara ini untuk membuang undi mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain