Bubar Parlimen Apabila Semua Sedia - PM - Semasa | mStar

Bubar Parlimen Apabila Semua Sedia - PM

PAPAR: Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia...sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).

"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN...satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di sini, Khamis.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".

Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Mengenai hasil pertemuannya dengan pemimpin parti komponen BN negeri semalam, Perdana Menteri berkata tidak ada masalah serius yang dihadapi mereka cuma sedikit masalah daripada segi penyelarasan dan personaliti.

"Pada keseluruhannya saya berpuas hati dengan tahap persefahaman yang wujud di kalangan parti komponen BN Sabah," katanya.

Mengenai calon BN pada pilihan raya umum ke-13, Najib berkata BN sudah hampir selesai memilih calon.

"Kita mesti melakukan verifikasi daripada segi latar belakang dan juga keselamatan dan apa-apa juga laporan daripada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan sebagainya sebelum kita memuktamadkan senarai tersebut," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

BR1M Mungkin Cecah RM1,000 - TPM

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain