suria

Seramai 15,700 Warga Labuan Layak Terima BR1M - Yussof Mahal

LABUAN: Seramai 15,700 warga Labuan layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selepas melalui tapisan.

Daripada jumlah itu, seramai 2,900 telah menerimanya manakala seramai 4,934 akan menerimanya pada Sabtu ini dan selebihnya pada 28 Feb.

Anggota Parlimen Labuan Datuk Yussof Mahal berkata Labuan tidak ketinggalan dengan apa juga bantuan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan.

“Sikap adil dan saksama yang diamalkan oleh kerajaan dalam menyalurkan bantuan akan menjadi faktor kejayaan kepimpinan menerajui negara dan seterusnya masyarakat,” katanya kepada Bernama.

"BR1M merupakan janji kerajaan BN kepada rakyat. Ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi dilakukan dengan berkesan di bawah kepimpinan perdana menteri," tegas beliau.

Katanya masyarakat di Labuan tidak akan dipesongkan dengan propaganda pembangkang.

"Rakyat tidak harus terus dipesongkan dengan cerita tidak berasas atau separuh benar oleh pakatan pembangkang untuk membuat mereka marah kepada kerajaan sedangkan setiap pemberian atau insentif yang diumum adalah disebabkan kecekapan kerajaan dalam mengurus dan mentadbir negara," katanya. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain