suria

Mesyuarat Khas Bincang Bubar DUN Minggu Ini - MB Selangor

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengadakan mesyuarat khas bersama pemimpin Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat minggu ini berhubung hasrat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Bagaimanapun beliau mengesahkan belum mengadakan perbincangan lanjut dengan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS di peringkat negeri berhubung perkara berkenaan.

"Belum jumpa wakil rakyat, kita akan umumkan selepas perjumpaan...kita akan umumkan dalam minggu ini," katanya pada sidang media selepas mesyuarat exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Pada 30 Januari lalu, Abdul Khalid dilaporkan menyatakan hasrat membubarkan DUN Selangor selepas sambutan Chap Goh Mei bulan ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, beliau menjelaskan pengumuman itu dibuat pihaknya bagi mendesak perdana menteri agar segera mengumumkan tarikh pilihan raya umum ke-13.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain