suria

MASHolidays Tawar 3 Pakej Perjalanan Harga Istimewa Ke Paris

KUALA LUMPUR: MASholidays, cabang percutian Malaysia Airlines (MAS), kini menawarkan tiga pakej lawatan ke Paris sempena bermulanya perkhidmatan A380 syarikat penerbangan kebangsaan itu ke ibu negara Perancis tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, MAS berkata harga pakej 5 Hari/3 Malam 'Paris - Free & Easy' dan 5 Hari/3 Malam 'Simply Paris' masing-masing bermula daripada RM3659 dan RM4359.

"Sementara itu, pakej 6 Hari/4 Malam 'Paris & Splendid Palace of Versailles' berharga RM4895.

"Harga ini termasuk tiket penerbangan menaiki MAS, penginapan berkembar dan perjalanan dari lapangan terbang pergi dan balik.

"Harga bagi pakej 'Simply Paris' dan 'Paris & Splendid Palace of Versailles' juga termasuk makanan," katanya.

Pengurus kanan MASholidays, Fadhilah Mustaffa berkata MASholidays mempunyai kelebihan sebagai sebahagian daripada syarikat penerbangan MAS.

"Ini memberi kami peluang untuk mendapatkan tawaran hebat untuk tiket penerbangan yang menjadikan pakej kami sangat berpatutan," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain