Lima Pemandu Bas Ekspress Dikesan Di Bawah Pengaruh Dadah - Solah - Semasa | mStar

Lima Pemandu Bas Ekspress Dikesan Di Bawah Pengaruh Dadah - Solah

BESUT: Lima pemandu bas ekspress dikesan berada di bawah pengaruh dadah sepanjang operasi Tahun Baharu Cina yang dijalankan di seluruh negara dari 3 Feb hingga tengah malam tadi.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Solah Mat Hassan berkata masing-masing dua pemandu dikesan dalam pemeriksaan di terminal bas di Perak dan Kedah manakala seorang lagi di Johor.

Kesemua pemandu itu ditahan dan dilarang daripada meneruskan pemanduan mereka demi keselamatan penumpang bas ekspress, katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi turun padang di Km 81, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu dekat Kampung Anak Ikan di sini Selasa.

Beliau berkata operasi Tahun Baharu Cina oleh JPJ dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu memberi tumpuan di kesemua 32 Terminal Bas Utama di negeri-negeri dengan meletakkan pegawai dan anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang.

Operasi itu membabitkan 1,500 anggota di seluruh negara dan dalam tempoh itu 50,222 kenderaan diperiksa. Sejumlah 9,537 kenderaan diambil tindakan dan JPJ mengeluarkan 7,530 notis saman serta 4,654 notis lain termasuk 203 kenderaan disita.

Dalam Ops khas motosikal pula sebanyak 9,168 motosikal diperiksa dan dari jumlah itu, sebanyak 1,838 diambil tindakan membabitkan 3,306 jenis kesalahan.

Mengenai kes positif dadah, Solah berkata sepanjang tempoh operasi itu, enam pemandu kereta, 14 penunggang motosikal dan lima pembonceng motosikal ditahan.-- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain