suria

Aliran Trafik Di Bebarapa Lebuh Raya Utama Bergerak Perlahan

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke Kuala Lumpur dilaporkan bergerak perlahan sejak petang tadi berikutan orang ramai mula ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata trafik di KM 58 hingga KM 48 selepas Tol Plaza Bentong sehingga Bukit Tinggi dilaporkan perlahan sejak pukul 6.30 petang Rabu.

Sementara itu, di bahagian utara, jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Bhd pula memberitahu trafik perlahan di kebiasaan kawasan iaitu Kuala Kangsar ke Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak, sebelum dan selepas Terowong Menora di Ipoh ke Jelapang pada kedua-dua arah.

Aliran trafik perlahan juga dilaporkan dari Simpang Pulai ke Bidor terutama di kawasan R&R Tapah.

Di bahagian selatan pula, trafik perlahan dilaporkan berlaku di kedua-dua arah antara Machap dan Kulai serta dari Nilai dan Seremban. -- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain